Letter [Oneshot]

CHARACTERS

 "Lepaslah!"

Air mata cuba ditahan.

"I don't need you. I don't need anyone."

'I don't need you.'



---

 Badan direbahkan ke atas katil. Kepala dipicit-picit, cuba menghilangkan kesesakan dan kesibukan yang sudah enam jam ligat bekerja. Jam ditangan dipandang sekilas. Tujuh enam belas. Mata dipejam rapat. Bayangan 'dia' melintas di fikiran.


 Chorong bangun dari katil lalu berjalan perlahan menuju ke tandas. Dia kena bersedia. Dia perlu bersedia. Walau apapun yang berlaku malam ni, sentiasa tenang. Dia nekad terima.



ZEUS HOTEL

 "Are you okay?" kemas pelukan Hyomin. Dia risaukan Chorong yang dari tadi lagi tak bercakap sepatah pun.


 Kepala ditunduk. Tolonglah. Jangan. Jangan jatuh.


 Menangis lagi.
 

 Naeun dan Hyomin saling berpandangan. Orang yang berada di sebelah mereka itu bukan Chorong yang mereka kenal. Park Chorong kuat, tak mudah putus asa. Naeun mengusap perlahan belakangnya tanda memberi semangat. Dia tahu, bukan mudah untuk Chorong terima tapi sudah 2 tahun berlalu. Selama 2 tahun ni, segala kepedihan cuba ditahan. Malam ni segala-galanya dilepaskan.


 Sebuah buku berkulit coklat ditarik keluar dari dalam beg. Satu demi satu helaian muka surat dibelek. Semuanya bertampal dengan kertas bersaiz A4 yang dilipat kemas memuatkan satu muka surat.
Rongieee ~~~ My mom asked me to bring you home after school ^^

 Senyuman nipis terukir. Bye, good old days.


 "Park Chorong."


 Pandangan dialih kearah suara yang memanggil namanya dari belakang. Naeun dan Hyomin tegak berdiri. Diam membisu. Air mata yang bertakung tadi jatuh membasahi pipi.


 "I'm back."



---

 "Hello?" suara pemanggil memasuki gegendang telinga. Jinyoung....
 

 "..."
 

 "Okay. I'll be there in fifteen." talian dimatikan. Chorong segera bangun dari duduk di sofa untuk menyalin pakaiannya. Longsleeve hitam-biru dan seluar jeans menjadi pilihan. Rambut ikalnya diikat kemas. Relaks, Park Chorong.

 

DONGDAEMUN, SEOUL

 Jinyoung menghulurkan air tin kepadanya. Petang itu, pertama kali sejak 2 tahun mereka keluar berdua, berjalan-jalan di bandar.

 "How's America?" memulakan bicara.

 Jinyoug hanya mampu tersenyum. Entah apa yang dia teringatkan pun tak tahu. Kelakar sangat ke soalan tadi?

 "Tak sambung belajar ke?" Jinyoung mengubah hala perbualan. Dia memilih untuk tidak menjawab soalannya tadi.

 Mesti dia betul betul tak ambil tahu apa yang jadi pada aku lepas dia fly. Sengaja ke? I'm pissed.

 "Sambung. Sama jurusan dengan Hyomin, Naeun." pendek.

 "Oh... Seungho apa khabar? Lama tak dengar pasal dia. Sekarang dia last year kan kat sana? Dia pandai, mesti lepas-"
 

 "Jinyoung stop. I am the one who should ask you about Lee Jieun right?" pedih mulut menyebut. Kedua-dua mereka terdiam seketika. Tak tahu nak mula macam mana. Terlepas.


 "Tell me what are you curious of." perlahan Jinyoung menutur, takut hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


 "Everything." Chorong menghentikan pergerakan kaki. Matanya yang berkaca itu dipaksa untuk memandang Jinyoung. Dia perlukan penjelasan. Selama dua tahun ni, dia takut. Dia tertanya-tanya. Sudah tiba masanya Jinyoung berterus-terang. Dia tak tahan.


"I'm not a type of person who will forget the past easily."


 Tidak sesaat pun pandangannya dilepaskan dari mata Chorong. Dia cuba cari maksud disebalik kesedihannya. Akhirnya, Jinyoung tunduk. Dia sendiri tak tahu jawapan untuk persoalannya. Kenapa?
 

 Dua tahun lepas terasa seperti tahun-tahun yang biasa. Masa tu, semua orang bertindak mengikut perasaan. Cepat buat keputusan. Dia sedar, dua tahun lepas itulah luka yang tiada penawarnya buat Park Chorong. Mimpi ngeri.



Flashback

 "You're lucky to have someone like him on your side." 

Apa niat dia sebenarnya? 

 "Dia baik, out-going, kadang-kadang kelakar." Jieun tersenyum sendiri. Chorong tahu, bukan niat dia untuk sakitkan hatinya tapi entah kenapa. Entah kenapa dia rasa tak senang bercerita tentang Jinyoung dalam perbualan mereka. Seperti ada jarum yang mencucuk-cucuk tubuh.

 Beberapa kali dia meragui perasaan Jieun terhadap Jinyoung. Bila ditanya, jawapannya tetap sama. Bestfriend. Sejauh mana gelaran kawan baik tu bagi dia?



16 MAY 2019

 "Dah berapa lama kawan dengan Jieun? She knows almost everything about you more than I do."


Your message have been successfully sent.


1 UNREAD MESSAGE

  "Kan dulu dah cakap, kitorang kawan sejak sekolah rendah lagi. Our parents know each other. Kenapa tiba-tiba tanya ni?"

 Chorong memilih untuk tidak membalas. Dia dapat rasakan, ada sesuatu antara mereka yang dia sendiri tak tahu dan dia tak nak tahu. 




---

 "Nah! You played well today I'm amused." sebotol air mineral dan tuala dihulurkan kepada Seungho. 

 Sengihan Seungho semakin lebar. Dia menyambut pemberian Chorong. Kemenangan pertandingan bola keranjang antara sekolah-sekolah tamat dengan kemenangan dipihak mereka. Pada musim depan, mereka akan bertanding di peringkat negeri melawan daerah-daerah lain. Memang tidak dinafikan lagi, pasukan bola keranjang sekolahnya itu sangat hebat kerana sudah 10 tahun berturut-turut menjuarai pertandingan.

 Seungho merupakan jiran Chorong kerana itulah mereka agak rapat. Keluarga mereka selalu menjemput Chorong dan ayahnya makan malam di rumah kerana mereka hanya tinggal berdua. Ibunya telah meninggalkan mereka sejak Chorong kecil lagi.

 "Hyomin mana?" sengih.

 "Tak serik-serik lagi ke? Nanti jadi macam haritu, makan penumbuk kuasa ultraman tiga." Chorong hanya menggeleng. Teringat dia semasa latihan Seungho yang lepas, dia mengusik Hyomin. Sekali dia mengamuk, susah nak reda. Tak pasal-pasal perut Seungho jadi mangsa tumbukan kuasa ultra dia bak kata Naeun.

 "Rindulah." Seungho mengenyitkan mata. Budak ni memang semacam.

 "Out. Coach Kim dah panggil. Kau baliklah dulu. Tak payah tunggu aku." cepat-cepat tuala dimasukkan ke dalam beg. Chorong hanya menggeleng-gelengkan kepala. Siapa entah yang nak tunggu dia.

 Berdehem.

"Adik baru?" Jinyoung berjalan kearah Chorong sambil bercekak pinggang. Heh.

 "Mana ada. Tu boyfriend baru." pantas kaki berjalan menuju ke pintu keluar dewan.

 "Nak pergi mana? Woi tak nak surat ke?" kedengaran derap kaki Jinyoung dibelakangnya semakin hampir. Surat. Surat. Surat.

 Cepat-cepat badan dipusing kebelakang. Jinyoung berdiri betul tegak sambil memegang supucuk sampul surat biru awan. Chorong 'mengambilnya' dari tangan Jinyoung dan terus berlalu pergi tanpa sepatah kata.

 Senyum. "So like Park Chorong."

 Dari jauh kelihatan Lee Jieun sedang memerhati. Bibir bawah digigit. Ah, darah.



---

 Chorong tunduk hormat apabila pintu utama rumah banglo milik keluarga Jinyoung terbuka. Kelihatan Puan Park tersenyum mesra sambil menjemputnya masuk. Di ruang tamu, dapat dilihat Jinyoung dan Lauren sedang duduk berdua, menonton televisyen mungkin.

 "Chorong unnieeeee ~~" Lauren berlari ke arahn Chorong dan terus memeluk kakinya.

 "Lauren! Lama tak jumpa kan? Mana Shiro?" dia tersenyum manis sambil mendukung Lauren ke dapur. Shiro adalah anjing yorkshire milik Lauren. Jinyoung sendiri yang menghadiahkannya semasa sambutan hari jadi tahun lepas.

 "Dia kat atas, tidur." rambut perangnya itu dipintal-pintal comel.

 Sampai sahaja di meja makan, dapat dilihat pelbagai jenis makanan korea dan western terhidang. Sememangnya hobi Puan Park memasak. Hampir setiap minggu Chorong dijemput datang untuk merasai resepi barunya.

  T-ARA's What Do I Do bergema di ruang makan. Tergopoh-gapah Jinyoung mengeluarkan Samsung S4 miliknya dari dalam kocek seluar. Nama pemanggil di atas skrin.

Lee Jieun.

 "Excuse me for awhile." Jinyoung berjalan menuju ke luar rumah untuk menjawab panggilannya.

 "..."

 "Ada apa? Cakap kat sini jelah." Jinyoung menjawab malas.

 "..."

 "In five." talian dimatikan. 


SUNGAI HAN

 "Cakaplah." 

 Tiba-tiba Jinyoung dipeluk erat. Dia diam. 

 "I miss you. I miss you. I miss you." air mata Jieun mengalir turun. Hangat.



End Flashback

 "I won't forgive you if you're lying again." nadanya tegas. Chorong masih menantikan jawapan.

 Susuk tubuh dihadapannya itu dipeluk. Sorry.

 "I am sorry." mata dipejam. Kekesalan yang sedari tadi asyik bermain di kepala cuba diperbaiki.

 "I won't forgive you if you did this to me again." pipi dibasahi air mata yang deras mengalir. Pengajaran buat Chorong sendiri. Hanya kerana keraguan kecil yang diabaikan, kedua-dua mereka terseksa. 

 "You're my words. Let's start a new piece of paper."



---

Thanks for reading TT__TT Maafkan segala kesalahan bahasa yang terdapat di dalam oneshot ini uhuks ;_; This is my first try ever. Do comments. I could imrpove myself in the future. Sebenarnya cerita ni bukanlah idea asal lol sebab tu macam tak kena sikit. Sorry kalau ada part yang tak faham sobbing